Pokok bunga boleh caj bateri telefon?


Assalamualaikum readers...
Alangkah bahagia dan senangnya jika ada tenaga solar yang boleh cas bateri handphone, sebab DAB dah tak tahan nak mengecas hari-hari tab DAB, penat tau, lau tiba-tiba keluar ke tempat yang tiada plug? power bank pun leceh nak dibawa dengan wire yang panjang, amat merimaskan, bagi DAB la tak tahu pula bagaimana dengan readers semua.

Kebaikan dia adalah kita boleh mengurangkan kepanasan bumi, haaa itu yang penting, dengan adanya pokok bunga yang boleh cas bateri menggunakan tenaga solar sedikit sebanyak boleh mengurangkan penggunaan eletrik dan mengurangkan kos pembayaran hahaaaa jimat la tuuuu... USE NATURE.

Just imagine seorang ada dua H/P 1 billion manusia dah berapa banyak guna eletrik kan, sekarang ni pun budak kicik da pandai guna tab, iphone, lagi bertambah-tambah la. 



Bosan tengok bil elektrik yang semakin mahal? Anda mungkin boleh berjimat dengan menggunakan 'pokok bunga' ini untuk caj telefon pintar, iPod dan apa jua alat elektrik yang mempunyai kabel USB.

Adakah 'pokok bunga' ini ajaib? Oh, tidak, sebab inilah 'pokok bunga solar' yang telah dicipta oleh pereka Perancis, Vivien Muller.

Vivien mengambil inspirasi daripada pokok bonsai dan telah mereka pokok bunga solar ini selama dua tahun. Akhirnya, dia semakin dekat untuk menjual rekaannya kepada orang ramai.

Bukan sekadar pereka biasa, Vivien ingin menggunakan pokok bunga solar ini sebagai alat untuk tempat-tempat yang tidak mempunyai bekalan elektrik atau sukar mendapat bekalan eletrik tetap.



Pada pokok bunga solar ini, terdapat sembilan daun (solar panel), dibuat daripada barangan kitar semula tanpa menggunakan sebarang gam dan juga salah satu modelnya boleh dijadikan sebagai lampu meja yang bertukar warna pada waktu malam.


Lihatlah video ini untuk lebih memahami penggunaannya:



Terdapat tiga jenis model - model yang hanya digunakan untuk caj bateri AA atau AAA, model yang boleh dijadikan lampu meja yang bertukar warna atau model yang boleh caj segala alat elektrik yang mempunyai kabel USB.



Setakat ini, pokok bunga solar masih belum dijual dan Vivien sedang mengumpul dana di lamn web Indiegogo supaya prototype produk ini boleh dilancarkan secepat mungkin.

P/S: Special order pokok bunga sakura, boleh tak ahaaaaks :)



SUMBER

Comments

  1. whoahhh.. baru tahu ni. tq for the info.. heee (:

    ReplyDelete
  2. menarik, boleh bawak masuk hutan..lol~ hahaha

    balas kunjungan di sini, :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kristal untuk Ibu

Buka Puasa di Orchid Restaurant, Kampung Bharu KL

Kak Sham akan sentiasa dalam ingatanku

Terlalu banyak PLAN

Seminar IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan)

Masak Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

Ko Raseee?!

Trip to Langkawi: Island Hopping Beras Basah Island, Eagle feeding, Tasik dayang bunting

My Dreams