Cuaca panas kering di Malaysia | Adakah ianya El Nino?

Assalam readers.. 
Waaaa sangat sangat panas sekarang ni even saya sendiri pun tak tertahan, nasib kerja di tempat hawa dingin. Kesian tengok mak cik pak cik yang berniaga, pekerja kontraktor dan semua yang kena bekerja di luar. Cuaca El nino hangat diperkatakan sekarang ni, saya search di portal utusan kata " Malaysia memang mengalami cuaca El Nino " (info lanjut klik SINI) tetapi di portal sinar pula " Malaysia hanya mengalami perubahan angin monsun barat daya, bukan El Nino " (untuk baca klik SINI) keliru bukan? 

Hrumm apa-apa pun " Bumi sudah tua " SEBAB ITU PELBAGAI CUACA PELIK sedang berlaku. Elakkan pembakaran terbuka dan penggunaan sumber eletrik yang berlebihan. Bila saya mengunjungi laman portal rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia info yang diberikan jelas dan terang. (seperti di bawah)


Apakah El Niño?

Setiap dua ke tujuh tahun, arus laut yang panas menggantikan arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika Selatan. Fenomena lautan yang ini disebut sebagai El Niño. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang lebih luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan peristiwa cuaca luar biasa yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, berlaku keadaan cuaca lebih kering dari normal sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya mengalami keadaan lembap.



Secara lazimnya, El Niño berlaku untuk tempoh 6 hingga 18 bulan. Biasanya ia terbentuk pada pertengahan tahun, berada di kemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah menjelang awal tahun berikutnya. El Niño yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama.


Bagaimana El Niño dikaitkan dengan keadaan atmosfera?
Semasa El Niño berlaku, suhu air laut yang lebih panas di tengah dan timur Lautan Pasifik membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya. Ini mendorong pergerakan menaik yang kuat dan dengan demikian merendahkan tekanan permukaan di dalam kawasan berpergerakan menaik itu. Udara lembap yang naik itu terpeluwap lalu membentuk kawasan ribut petir yang luas dan hujan lebat di kawasan berkenaan. Di bahagian barat Pasifik termasuk Malaysia, tekanan atmosfera meningkat, menyebabkan cuaca menjadi lebih kering secara relatifnya.


 

Semasa El Niño terbentuk, tekanan permukaan atmosfera rendah terletak di permukaan lautan yang lebih panas ditandakan dengan warna merah di khatulistiwa tengah Pasifik. Semasa ketiadaan El Niño atau keadaan normal, tekanan permukaan atmosfera di Pasifik barat biasanya rendah manakala di tengah dan timur Pasifik adalah tinggi. Dalam keadaan ini, umumnya keadaan kawasan Pasifik barat adalah lembap manakala Pasifik tengah dan timur adalah kering.
(Sumber Diagram: NOAA)

 
Corak tekanan permukaan atmosfera yang berselang-seli di kawasan tropika Lautan Pasifik, yang mana keadaan lautan bertukar dari El Niño kepada keadaan normal dan sebaliknya dikenali sebagai Ayunan Selatan (SO). Gandingan hubungan di antara atmosfera dan lautan semasa kejadian El Niño ini dikenali sebagai El Niño-Ayunan Selatan (ENSO).
(Sumber Diagram: NOAA)

Adakah fasa yang berlawanan dengan fasa El Niño (La Niña) ?
Pada masa-masa tertentu, walaupun tidak selalu, suhu permukaan laut di tengah dan timur Lautan Pasifik menjadi lebih rendah dari biasa. Fenomena ini di panggil La Niña suatu keadaan yang bertentangan dengan El Niño. Dalam keadaan ini, tekanan atmosfera permukaan di kawasan khatulistiwa Pasifik barat menurun, menyebabkan pembentukkan awan yang tinggi dan hujan lebat.



 
Semasa keadaan La Niña, tekanan permukaan atmosfera meningkat di Pasifik tengah dan timur manakala tekanan permukaan menurun di bahagian Pasifik barat. Keadaan La Niña turut dikenali sebagai fasa sejuk ENSO.
(Sumber Diagram: NOAA)



Bagaimana kita memantau El Niño dan reaksi atmosfera?

Parameter-parameter asas yang digunakan untuk memantau El Niño dan reaksi atmosfera termasuklah suhu permukaan laut di kawasan khatulistiwa Lautan Pasifik, suhu di bawah permukaan lautan sehingga ke kedalaman 150 m, keadaan awan serta corak hujan yang luar biasa.

Southern Oscillation Index (SOI)

Oleh kerana tekanan atmosfera dan suhu laut berkait rapat, suatu indeks atmosfera yang dipanggil Indeks Ayunan Selatan (Southern Oscillation Index, SOI) juga digunakan untuk mengukur reaksi atmosfera terhadap fenomena ini. Indeks ini dihitung dari perbezaan keadaan turun-naik tekanan udara bulanan di antara Tahiti (mewakili Pasifik timur) dan Darwin (mewakili Pasifik barat). Jika terdapat nilai SOI negatif yang ketara, berterusan selama sekurang-kurangannya enam bulan, kita mengalami keadaan El Niño. Lebih besar nilai negatif tersebut maka lebih tinggi keamatan El Niño. Sebaliknya, nilai SOI positif yang tinggi menunjukkan keadaan La Niña. El Niño/La Niña yang kuat biasanya diwakili oleh SOI yang bernilai 1.5 (negatif untuk El Niño dan positif untuk La Niña) atau lebih dan berpanjangan manakala keadaan yang sederhana diwakili oleh indeks berjulat di antara 0.8 dan 1.5. Keadaan El Niño yang lemah pula bernilai di antara 0.4 hingga 0.8.

(Sumber: Climate & Global Dynamic, NCAR)



Oceanic Niño Index (ONI)

Definisi lain bagi El Niño dan La Niña yang digunakan oleh National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) ditakrifkan sebagai penyimpangan suhu permukaan lautan di rantau Niño 3.4 (5°U-5°S, 120°B-170°B), disebut sebagai Oceanic Niño Index. Dengan menggunakan indeks ini, El Niño dicirikan oleh ONI yang bernilai +0.5°C atau lebih sementara La Niña bernilai -0.5°C atau kurang. Syarat untuk mengkelaskan suatu episod El Niño/ La Niña ialah nilai ONI mestilah sama atau melebihi nilai ambang (+/-0.5°C) berterusan selama sekurang-kurangnya lima bulan.

Kekerapan berlakunya El Niño dan La Niña

Sejak 60 tahun kebelakangan ini, NOAA telah menyenaraikan episod-episod berikut sebagai tahun El Niño dan La Nina berdasarkan Oceanic Niño Index.


El Niño La Niña
Weak Mod Strong Weak Mod Strong
1952-53 1951-52 1957-58 1950-51 1955-56 1973-74
1953-54 1963-64 1965-66 1954-55 1970-71 1975-76
1958-59 1968-69 1972-73 1956-57 1998-99 1988-89
1969-70 1986-87 1982-83 1964-65 2007-08 1999-00
1976-77 1991-92 1987-88 1971-72 2010-11
1977-78 1994-95 1997-98 1974-75 
2004-05 2002-03 1983-84 
2006-07 2009-10 1984-85 
1995-96 
2000-01 
2005-06 
2008-09 
2011-12 


Apakah perubahan iklim semasa El Niño?
Di kawasan tropika, aktiviti-aktiviti ribut petir berpindah dari Pasifik barat ke kawasan Pasifik tengah dan timur, menghasilkan keadaan kering yang luar biasa di Malaysia, Indonesia, Filipina dan utara Australia semasa El Niño berlaku. Cuaca yang lebih panas dan kering juga berlaku di tenggara Afrika, India dan utara Brazil. Cuaca lebih lembap pula berlaku di sepanjang pantai barat kawasan tropika Amerika Selatan dan pantai teluk di Amerika Utara seperti ditunjuk di dalam rajah di bawah.

(Sumber: CPC-NCEP, NOAA)



Apakah impak yang tipikal di Malaysia?

Dengan kehadiran El Niño yang sederhana atau kuat, taburan hujan di Sabah dan Sarawak akan berada jauh di bawah paras purata semasa monsun barat daya (Jun-Ogos) dan monsun timur laut (November-Februari), sebaliknya di Semenanjung Malaysia taburan hujan adalah di bawah paras purata hanya semasa monsun barat daya (Jun-Ogos).


Keadaan El Niño yang lemah dikenalpasti memberi impak yang minimum kepada taburan hujan di Malaysia. Tambahan pula, taburan hujan di bawah dan atas paras purata boleh juga berlaku dalam tahun-tahun yang bukan El Niño/La Niña.


Maklumat lanjut
Jabatan Meteorologi Malaysia berterusan mengemaskini keadaan El Niño terkini di dalam laman web di http://www.met.gov.my/images/pdf/research/enso_tinjauan.pdf.




DAB: Berharap cuaca yang baik dan selesa menjelang bulan mulia nanti. Belum beli baju raya? klik SINI

Comments

Popular posts from this blog

Kristal untuk Ibu

Buka Puasa di Orchid Restaurant, Kampung Bharu KL

Kak Sham akan sentiasa dalam ingatanku

Terlalu banyak PLAN

Seminar IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan)

Masak Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

Ko Raseee?!

Trip to Langkawi: Island Hopping Beras Basah Island, Eagle feeding, Tasik dayang bunting

My Dreams