Masak Lemak Cili Api Ikan Talapia Negeri Sembilan

Assalamualaikum :)

Masak Lemak Cili Api Ikan Talapia Negeri Sembilan style 
Setiap hari minggu bella akan diberi tugasan oleh ibu untuk memasak, sebab hari biasa turn ibu bella yang masak. Jadi ini dia resepi dari anak nogori yang simple lagi podeh. Bahan - bahan yang diperlukan adalah seperti berikut.

1. Cili Padi Kampung
2. Kunyit hidup
3. Halia
4. Serai 5 batang
5. Santan 1 kilo
6. Ikan Talapia
7. Tomato (Hiasan)

Bahan untuk dikisar (Cili Api, Kunyit hidup, Halia) 
Cili Api tu ikut suka korang lau nak podeh letak la banyak-banyak, untuk kunyit hidup cukup untuk bagi kekuningan sahaja, halia guna sikit ja ukuran ibu jari korang, nak bagi hilang bau ikan talapia tu.

TIPS: Jangan letak banyak-banyak kunyit hidup tu sebab nanti lauk akan ada rasa dan bau maung. Selain dari ikan air sungai tak perlu letak halia, kegunaan hanya untuk menghilangkan sikit bau sungai ikan tu sahaja.

Ikan Talapia
TIPS: Cara hilangkan bau ikan sungai, basuh sebersihnya segala isi perut ikan pastikan clear, kemudian rendam 1-2 jam (depands pada korang) dengan asam jawa dan garam. lepas tu bilas bersih *jangan lupa selawat tau :)

Tomato

TIPS: Nak lagi orang kata ummmph letak belimbing buluh wow TERANGKAT!
Serai dihempap. 
Masak Lemak Negeri Sembilan tak tumis tau. Semua jenis lebur sahaja. Itu perbezaannya dengan Masak Lemak biasa.

JOM KITA MULAKAN!

Masukkan santan. Lebih pekat lagi sedap.


Sudah masukkan semua baru lah letak atas dapur. Jangan tinggalkan tau dan jangan sampai jadi tahi kambing, nanti kena reject dengan mak mentua he..he.. Sentiasa kacau sehingga pecah minyak barulah cantik kuah dia. 

Nampak ni dah pecah minyak 
Kemudian barulah masukkan tomato dan ikan. 

TIPS: Bila dah masukkan ikan dan tomato tu jangan lama-lama, masuk lepas tu terus tutup api, sebab ikan talapia lembut jika dimasak lama nanti hancur, da x sedap tak jadi seketoi-seketoi :)

SIAP!
Lupa pula letak garam dan perasa lain ya he..he.. dan letak asam keping sikit bagi ada rasa macam-macam tikit :p

Selamat mencuba, nanti share la kat komen bawah ni. Nak rasa awak masak juga :)

Terima kasih untuk yang sudi mencuba :)

Popular posts from this blog

Kristal untuk Ibu

Buka Puasa di Orchid Restaurant, Kampung Bharu KL

Kak Sham akan sentiasa dalam ingatanku

Terlalu banyak PLAN

Seminar IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan)

Masak Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

Ko Raseee?!

Trip to Langkawi: Island Hopping Beras Basah Island, Eagle feeding, Tasik dayang bunting

My Dreams