Sup Cendawan Ayam


Assalamualaikum ... :)

Sup cendawan bersama ayam
Ibu bella pantang nampak cendawan, mesti nak beli kesukaan my mum, bella kurang minat tapi lepas makan sup nih terus terkenan pulak he...he...

Kebetulan masing-masing semua sakit perut asyik makan pedas jadi kita masak yang simple sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut.

1. Cendawan 1 peket (tak kisah la jenis apa pun)
2. Ayam 1 ekor
3. Pati ayam Nor 2 kiub
4. Bawang Holland 1 biji
5. Halia
6. Air
7. Daun Sup & Daun Bawang

Cendawan
TIPS: Lau nak rasa manis-manis dan lembut cari cendawan jenis comel - comel :)


Bahan - bahan


Bawang Holland tu besar kan, potong separuh untuk tumbuk lagi separuh untuk buat bawang goreng. Tumbuk bersama dengan bawang putih. Halia cuma cincang dadu sahaja. 


JOM KITA MULAKAN!

Bawang goreng
Setiap kali masak jika guna bawang goreng bella akan goreng dahulu, kemudian minyak balances goreng tadi bella gunakan untuk tumis masak sup tu, lagi harum baunya. 

Tumis bahan - bahan tumbuk tadi, smpai naik bau, lepas tu masukkan air (mengikut sukatan anda), masukkan kiub pati ayam nor, dan ayam.

Reneh sampai bergelegak, last baru masukkan daun sup & daun bawang, dan bawang goreng tadi. 

TIPS: Sup ayam bella tak guna rempah sebab rasa sup tu tak ORI (bagi bella la), sebab itu bella hanya guna kiub pati ayam Nor lau korang nak tambah sup bunjut pun boleh. Rempah sup bella hanya gunakan bila masak Sup Daging.

Tunggu bergelegak.
SIAP!
Sup ni bella ada hiris cili padi kampung sikit he.. he.. bagi podeh sikit jee. Buat sup bella cadangkan guna bawang holland sedap dan fresh je. Bawang mahal kan op kos sodap buat bawang goreng pun wangi lebih dari bawang merah biasa.

Da cuba nanti komen tau. Nak rasa awok masak jugak :p

Selamat mencuba.

Terima kasih sudi baca :)

Good Luck!

Popular posts from this blog

Kristal untuk Ibu

Buka Puasa di Orchid Restaurant, Kampung Bharu KL

Kak Sham akan sentiasa dalam ingatanku

Terlalu banyak PLAN

Seminar IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan)

Masak Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

Ko Raseee?!

Trip to Langkawi: Island Hopping Beras Basah Island, Eagle feeding, Tasik dayang bunting

My Dreams