Posts

Showing posts from April, 2015

Let's Masak : Suka kongsi resepi masakan?

Image
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera readers.. Tetiba cik bell begitu rajin pula nak mengupdate blog hehe, satu perkembangan yang bagus. Cik bell ni bukanlah seorang yang pandai dalam mengarang, jadi pagi ni idea melimpah - limpah pula. Cik bell nak kongsi berita baik untuk mummy or daddy yang suka memasak lepas tu share kat laman muka buku (macam cik bell) lebih bagus selepas share terus upload dalam  LET'S MASAK  ni.  Cik bell ada satu penyakit yang bila masak yang sedap sikit "konon haha, mesti nak upload kat FB dan IG, sampailah  +Lets Masak  ni perasan kot terus SPAM cik bell.  Okay, mula-mula tu macam 'blur'  sikit sebab, kongsi resepi je boleh jana 'side income?' Ini sudah bagussss..... Selain itu, mummy-mummy juga boleh dapatkan resepi di hujung jari je, hari-hari masak sampai tak da idea lagi nak masak apa? buka je IG  +Lets Masak   ni, terus bercambah-cambah idea, anak-anak dan suami pun kenyang perut suka hati. 'Air

Karipap Pusing DJM #Part2

Image
SEBELUM GORENG Assalamualaikum dan Salam sejahtera readers... Perbezaan kuih karipap biasa dengan karipap pusing adalah tepungnya. Karipap biasa kita guna tepung uli sahaja iaitu tepung marjerin. Tetapi karipap pusing kena ada dua tepung, satu tepung marjerin dan satu lagi tepung minyak . Apo bondo ehh ni? haha mari cik bell terangkan, jika ada yang kurang faham komen je Insya Allah cik bell cuba balas sepantasnya. :) TEPUNG MINYAK  BAHAN-BAHAN: ----------------------- - 1/2 kilo tepung gandum - 1/2 kilo Minyak Panas ' ' CARA MEMASAK: ------------------------- 1. Panaskan minyak. 2. Perlahan-lahan masukkan minyak panas tadi ke dalam tepung. 3. Kacau rata. 4. Buat bentuk bulat saiz kecil sedikit dari bola pingpong. * Rujuk video BEGINILAH RUPANYA TEPUNG MINYAK TEPUNG MARJERIN BAHAN-BAHAN: ---------------------- - 1/2 kilo tepung gandum - 3 sudu besar marjerin - Air Garam ' ' CARA MEMASAK: -------------------------

Karipap Pusing DJM #Part3 Ending

Image
Assalmualaikum dan salam sejahtera readers .. Pernah tak tengok orang buat kuih pau? Okay caranya sama macam nak masukkan tepung minyak dan tepung marjerin ni. Tengok video kat bawah. TIPS : Selepas buat biarkan dalam 1/2 jam tutup dengan plastik, biar ia sebati.   COMBINE TEPUNG MINYAK + TEPUNG MARJERIN CARA CANAI KARIPAP PUSING Tangan mummy gelap sebab fliters :) SELAMAT MERASA :) Okay, jelas tak? kalau tak jelas boleh tinggalkan kan komen ye, untuk #PART1 dan #PART2 tekan DI SINI dan DI SINI ya. Inti karipap pusing DI SINI . Harap sangat sesiapa yang dah cuba tu TAQ dan info cik bell ya. Kita tunggu :) Good luck !

Karipap Pusing DJM #Part1

Image
LAWOO TAK KITA ?? hehe Assalamualaikum dan Salam Sejahtera readers, Hari sabtu lepas cik bell terlebih rajin dan teringin pun sebenarnya nak makan karipap pusing, cari punya cari tak jumpa lah kat kedai, lau jumpa pun macam tak umph.. gitu. Jadi bermulalah langkah silat cik bell di dapur heks. Alhamdulilah nasib mummy cik bell tolong sekali, nak buat sorang-sorang memang patah lah bahu. "Tak da lah patah bahu, gurau je.. gurau pun tak boleh nama ko.. ". Sejarah karipap pusing ni sebenarnya dari arwah nenek, turun pada mummy dan kemudian cik bell dan adik perempuan. Karipap pusing 3 generasi kononnya, iyo'oo je cik bell ni. Cik bell ambil masa bertahun untuk pandai, expert buat waktu umur 6 tahun, budak kecil tadika dah pandai buat karipap pusing? Alhamdulilah Allah SWT beri kelebihan cepat belajar. "Berlagak tak?" Tak lah .. lau berlagak cik bell tak show pada you olls cara buat karipap pusing ni tau. Waktu umur 6 tahun ke 12 tahun cik bell tol

Daging Blackpaper Grill

Image
Assalamualaikum and Heyyoo.. :) Ig : @fitness_meal  Permulaan 1 April 2015 aku NEKAD, TEKAD nak turunkan berat badan aku dalam masa 3 bulan #Cabaran65kg90hari, BMI 55kg tapi tak mengapalah dapat turun 75 kg – 65 kg pun alhamdulilah. Permulaan aku buat Diet Atkins, dimana aku tak boleh langsung sentuh dan makan karbohidrat “op kos Nasi, Tepung, Roti …” Itu sangat sengsara beb.  Well… “No Pain No Gain”. Paling aku menyampah Diet Atkins ni kena makan telur *dah tak da benda lain selain daging dan ayam. Lagipun aku ada aczema, pantang nya telur tak boleh makan. Jadi kita masak daging lah.  Menu ni aku dapat dari Instagram @fitness_meal macam-macam menu diet ada kat sana, salah satunya ini. Aku buat langsung tak ikut resepi yang diberi, main hentam karmo je. Rupa tu ada oklah. DAGING BLACKPAPER GRILL BAHAN-BAHAN: - Daging - Brokoli - 2 biji Bawang Merah Kecil (racik halus) - 5 ulas Bawang Putih (racik halus) - Halia (guna sikit sahaja) - Minyak Bijan