Karipap Pusing DJM #Part1


LAWOO TAK KITA ?? hehe

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera readers,

Hari sabtu lepas cik bell terlebih rajin dan teringin pun sebenarnya nak makan karipap pusing, cari punya cari tak jumpa lah kat kedai, lau jumpa pun macam tak umph.. gitu. Jadi bermulalah langkah silat cik bell di dapur heks. Alhamdulilah nasib mummy cik bell tolong sekali, nak buat sorang-sorang memang patah lah bahu. "Tak da lah patah bahu, gurau je.. gurau pun tak boleh nama ko.. ".

Sejarah karipap pusing ni sebenarnya dari arwah nenek, turun pada mummy dan kemudian cik bell dan adik perempuan. Karipap pusing 3 generasi kononnya, iyo'oo je cik bell ni. Cik bell ambil masa bertahun untuk pandai, expert buat waktu umur 6 tahun, budak kecil tadika dah pandai buat karipap pusing? Alhamdulilah Allah SWT beri kelebihan cepat belajar. "Berlagak tak?" Tak lah .. lau berlagak cik bell tak show pada you olls cara buat karipap pusing ni tau.

Waktu umur 6 tahun ke 12 tahun cik bell tolong mummy buat kuih, meniaga. Selain karipap pusing ada buat, kuih donut, burger Malaysia, kuih kacang, popia basah, popia kering, dan karipap pusing sardin pun buat. Tak sangka begitu kuat tenaga mummy buat semuanya, dulu umur 6tahun 200 biji karipap pusing buat relek jeee.. sabtu lepas buat 120 biji rasa nak tercabut bahu, nampak sangat meningkat umur :p

Mari cik bell cerita cara buat KARIPAP PUSING DJM ni, moga ilmu yang sedikit ni membantu kalian dan juga membantu cik bell dapat saham akhirat, Insya Allah. 


INTI KARIPAP PUSING DJM

BAHAN-BAHAN:-----------------------
- 5 biji bawang besar *
- 2 tangkai daun kari
- 1 buku bawang putih *
- 1/2 kilo daging batang pinang
- 5 sudu rempah daging #
- 3 sudu rempah cili #
- 1/2 kilo Keledek
* potong dadu
# Campurkan bersama dan letak air sedikit supaya sebati

CARA MEMASAK:-------------------------
1. Tumis bawang merah, bawah putih, daun kari, dan daging. Masak sehingga daging empuk.
2. Masukkan rempah dan masak sehingga garing.
3. Masukkan keledek dan air suku cawan sahaja.
4. Masukkan garam dan aji. SIAP!

TIPS: Guna keledek merah lagi sedap. :)


SIAP!
SELAMAT MENCUBA! Try buat lepas tu jangan lupa info dan TAQ cik bell tau. Muahx

Comments

  1. nampak sedap...tapi Sally mmg surrender kalau nak buat karipap gulung...kalau yg biasa tu xpe :D

    ReplyDelete
  2. sedapnya..

    p/s:jatuh cinta pada ini blog.cun melecun..
    #95

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kristal untuk Ibu

Buka Puasa di Orchid Restaurant, Kampung Bharu KL

Kak Sham akan sentiasa dalam ingatanku

Terlalu banyak PLAN

Seminar IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan)

Masak Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

Ko Raseee?!

Trip to Langkawi: Island Hopping Beras Basah Island, Eagle feeding, Tasik dayang bunting

My Dreams