Karipap Pusing DJM #Part2

SEBELUM GORENG

Assalamualaikum dan Salam sejahtera readers...

Perbezaan kuih karipap biasa dengan karipap pusing adalah tepungnya. Karipap biasa kita guna tepung uli sahaja iaitu tepung marjerin. Tetapi karipap pusing kena ada dua tepung, satu tepung marjerin dan satu lagi tepung minyak. Apo bondo ehh ni? haha mari cik bell terangkan, jika ada yang kurang faham komen je Insya Allah cik bell cuba balas sepantasnya. :)


TEPUNG MINYAK 



BAHAN-BAHAN:-----------------------
- 1/2 kilo tepung gandum
- 1/2 kilo Minyak Panas
'
'
CARA MEMASAK:-------------------------
1. Panaskan minyak.
2. Perlahan-lahan masukkan minyak panas tadi ke dalam tepung.
3. Kacau rata.
4. Buat bentuk bulat saiz kecil sedikit dari bola pingpong.
* Rujuk video

BEGINILAH RUPANYA TEPUNG MINYAK

TEPUNG MARJERIN



BAHAN-BAHAN:----------------------
- 1/2 kilo tepung gandum
- 3 sudu besar marjerin
- Air Garam
'
'
CARA MEMASAK:-------------------------
1. Masukkan marjerin dalam tepung dan ratakan.
2. Masukkan sikit demi sedikit air garam sehingga menjadi doh.
3. Uli tepung. SIAP!

Tepung minyak untuk bahagian dalamnya, manakala tepung marjerin untuk bahagian luarnya. Entry sebelumnya tekan DI SINI

Comments

Popular posts from this blog

Kristal untuk Ibu

Buka Puasa di Orchid Restaurant, Kampung Bharu KL

Kak Sham akan sentiasa dalam ingatanku

Terlalu banyak PLAN

Seminar IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan)

Masak Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

Ko Raseee?!

Trip to Langkawi: Island Hopping Beras Basah Island, Eagle feeding, Tasik dayang bunting

My Dreams