Seminar IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan)


Assalamualaikum dan salam penulisan, 

Akhirnya setelah tiga kali kelas percuma Dr. Azizan Osman cik bell pergi, Allah makbulkan doa cik bell untuk pergi ke IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan). Alhamdulilah.

Hari ini adalah hari yang meletihkan dan menyeronokkan. Titik.

Meletihkan kerana menghabiskan lebih 12 jam seminar IMKK yang dikelolai oleh Dr. Azizan Osman, pakar jurulatih kejayaan #1 Malaysia. 

"Adakah tuan puan sanggup menyerap segala ilmu yang diajar selama 4 hari ini?"


Cik bell yang terlebih excited ni say 'YES!' je. Sekali, masuk jam yang ke 4 cik bell dah rasa mual-mual. 

Ilmu yang diberikan sangat berharga!, rasa nak kaut semua, segala tips tak muat 1 buku, bawa 2 buku ya. 

Cik bell tak dapat nak cerita lebih mendalam kat sini, lebih baiklah kalian pergi dan rasainya sendiri. Feel dia lain macam tau.

Hari pertama banyak fokus pada 'cari watak tersendiri'.

Penyampaian beliau sangat terus terang, ikhlas dan penuh kasih sayang, terus melekat dalam otak ilmu yang disampaikan. 

Cik bell tak pernah pergi seminar sampai lebih 12 jam, masih kekal bertenaga, ini adalah pertama kali. Beliau pandai mengawal suasana. 

Ini cik bell senaraikan antara keperluan yang perlu dibawa sebelum pergi ke IMKK:
  1. Botol kosong saiz sederhana 
  2. Buku nota kecil
  3. 3 batang pen
  4. Bantal leher bentuk U *untuk anda yang rendah macam cik bell
  5. Telekung dan kain batik bersih
  6. Roti, jeruk asam, biskut dan gula-gula
  7. Jaket/ Pashmina tebal
Ini sahaja, yang lain tak perlu bawa, sebab 1 hari jadual amat padat, akan diberi waktu rehat untuk solat dan makan sahaja. 

IMKK memang memerlukan tenaga yang sangat banyak.

Cik bell akan kongsi hari kedua di IMKK nanti. 


Good Luck!



Kami ondway pergi !!..

Comments

  1. wahh seronok dapat pergi seminar imkk.. Semoga berjaya dear..


    Salam Blogwalking: www.yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  2. selamat berseminar ... eh mana gambar seminar tu? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi... ada zie anti kita update next entry ea :)

      Delete
  3. boleh taw seminar 3 hari tu dr pukul bpe sampai kol bpe ye ? mcm teringin je nk pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lewat sampai pukul 12.30 - 1.00 pagi,ikut Dr Azizan, saya cadangkan menginap di hotel, letih sangat2 kalau balik hari. Tak boleh focus nanti. Seminar ni menggunakan tenaga yang banyak.

      Delete
  4. Salam dear

    Kenapa perlu bawa kain batik?..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kristal untuk Ibu

Buka Puasa di Orchid Restaurant, Kampung Bharu KL

Terlalu banyak PLAN

Kak Sham akan sentiasa dalam ingatanku

Trip to Langkawi: Island Hopping Beras Basah Island, Eagle feeding, Tasik dayang bunting

Resepi Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

Masak Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

My Dreams