Kursus Pendek Kolej Komuniti


Assalamualaikum dan salam sejahtera readers...

Selamat Hari Buruh diucapkan kepada semua yang bekerja, hari ni cik bell kena kerja setengah hari, esok and lusanya Wesak Day, kan senang cuti panjang 4 hari, yang menetap di Perak lagi best apply cuti seminggu terus haaa. Di hari sabtu yang indah ini haha, cik bell nak cerita satu kursus kemahiran. 

Habis je belajar, you olls akan fikir kerja terus betul? Mentaliti kita telah diprogram oleh ibu ayah, 'Kena belajar tinggi-tinggi dapat keputusan yang bagus, CGPA terbaik, apply kerja kerajaan, senang hidup nanti nak'. Cik bell tak suka makan gaji sebenarnya, cik bell lebih suka meniaga, tetapi untuk pengalaman hidup permulaan kita kena bekerja. 

Jadi kita kena buat 'backup' dengan meniaga ataupun belajar kemahiran. Kesedaran itu terjadi apabila ayah cik bell bekerja kemudian beliau kemalangan tulang belakang patah menyebabkan ia kecacatan kekal dan tidak boleh buat kerja yang berat-berat seperti dulu. Dia tak boleh duduk lama dan tak boleh berdiri lama. 

Cik bell ada ceritakan cik bell dibesarkan dengan meniaga kuih di entry lepas. Moral of the stories, nasib baik mummy cik bell pandai dalam kemahiran membuat kuih. Kemudian selepas daddy cik bell kemalangan, ia berniaga Cafe dan pandai dalam setting karaoke (PA System). Hampir 10 tahun cik bell dibesarkan dengan kemahiran yang Allah SWT beri pada mummy dan daddy. Just imagine macam mana keadaannya apabila parents cik bell tiada kemahiran? 'Everything happens it must be a reason'. 

Jadi, sahabat di usia muda ini mari buat 'backup'. Mana tahu kelak boleh membantu keluarga kita, Insya Allah. Cik bell google sendiri cari maklumat, cik bell tak jumpa lagi blog yang cerita mengenai 'Kursus pendek yang ditawarkan di Kolej Komuniti' dengan yuran yang tersangatlah murah dan akan diberi Sijil Penyertaan juga. Cik bell harap entry ini membantu kalian semua, Insya Allah. 





Setiap bulan semua kolej komuniti di Malaysia akan adakan kursus pendek, setiap bulan kursus berbeza-beza. Jadi sangat rugi kalau tidak join setiap kelas. Semua takwim ini di susunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kalau you olls tengok macam-macam kursus yang ditawarkan, boleh katakan dari A-Z semua ada. 

9  Mei 2015 nanti cik bell join tau, cik bell ambil Asas Jahitan, al maklumlah dulu sekolah ada belajar semua tu dah lupa, lama sangat cik bell tinggal. Setiap kolej juga aktiviti nya berbeza tau, disebabkan 16 Mei 2015 cik bell tak dapat join jadi cik bell cari kolej komuniti yang berdekatan iaitu Kolej Komuniti Klang. Kalian boleh cari mana-mana kolej komuniti yang berdekatan. 

Siapa yang join sabtu depan lau terjumpa cik bell tergurlah ye, cik bell seorang yang peramah walaupun tengok dari jauh macam sombong, Insya Allah tanggapan itu semua salah, 'Tak kenal maka tak cinta kan?' Selepas habis kelas tu cik bell ceritakan kisahnya ya di next entry. Insya Allah. 

Selamat belajar... :)

Good Luck!


KURSUS PENDEK KOLEJ KOMUNITI
Senarai Takwim Kursus Pendek Sepanjang Hayat : Jadual Online

Comments

Popular posts from this blog

Kristal untuk Ibu

Buka Puasa di Orchid Restaurant, Kampung Bharu KL

Kak Sham akan sentiasa dalam ingatanku

Terlalu banyak PLAN

Seminar IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan)

Masak Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

Ko Raseee?!

Trip to Langkawi: Island Hopping Beras Basah Island, Eagle feeding, Tasik dayang bunting

My Dreams