Posts

Showing posts from November, 2015

Amalan Murah Rezeki #tipsdhiyaafraabella

Image
Assalamualaikum Love! Den ada post satu status di facebook den, mengenai amalan harian untuk murah rezeki. Tak sangka mendapat comment yang sangat positive malah ramai yang dah pun cuba apa yang den cadangkan. Den percaya ... sebab hasil dari apa yang den amalkan itu alhamdulilah sales DJM meningkat 5 kali ganda. Surprise me so much! Alhamdulilah Alhamdulilah.  Apa yang den amalkan? Simple.

Perancangan 2016

Assalamualaikum Love! Mood den baru-baru ni suka beli buku ilmiah dan motivasi. Hobi membaca kembali balik. Dulu waktu SMK den merupakan Tokoh Pembaca, ingat lagi waktu tu dapat basikal dan duit. Kenangan manis betul waktu tu, kemudian dapat lagi Tokoh Puteri Islam peringkat sekolah dan Johan Buku Log Puteri Islam peringkat Daerah. Lau nak tahu buku log den tu dipenuhi daun kayu, daun buluh dan bunga-bunga kering. Memang jiwa cintai alam semulajadilah, gitu.. Hari ni tetiba tengok awan rasa berapa lama lagi den akan hidup kat dunia ni? Sempat ke capai semua cita-cita yang den impikan? Dari kecil den bekerja keras untuk sampai ke tahap ni. Alhamdulilah. Makin bertambah usia ni den rasa hubungan dengan Allah SWT tu makin rapat, mungkin juga sebab den berkawan dengan sahabat niqabis yang sentiasa mencari reda Allah dan ilmu akhirat.  Betul... bila orang kata ' Hidayah itu perlu dicari, Ia tak akan datang dengan sendirinya.' Bila kamu cari, barulah terasa nikmatnya Hij

Trip to Langkawi : Makam Mahsuri, Fish Farm Restaurant, Westin Hotel

Image
Assalamualaikum wbt. Destinasi berikutnya, den poyi Makam Mahsuri. Ada yang kata tak best lah kat sini, tak ada apa pun. Tapi bagi den best sangat! Sebab once you masuk, korang akan rasa seperti masuk dalam zaman Mahsuri. Orang yang berjiwa kampung memang akan suka tempat macam ni. Masuk tempat ni kena bayar tapi tak mahal pun bawah RM 10 ja, kanak-kanak FREE.  Salasilah Mahsuri Masuk ja kat kaunter bayaran tu, belah kanan ada carta ni. Mahsuri memang cantik, tengoklah 7 keturunannya lawoo kan. Muka wanita melayu dulu-dulu gitu.  Pintu masuk Makam Mahsuri Tapi kalau masuk sini patung-patung sini macam memerhati tau muehehe. Patung ni 99% macam real.  Telaga Mahsuri  Ini lah dia telaga Mahsuri. Air telaga ni dipercayai untuk naikkan seri wajah, boleh diminum dan sapu kat muka. Tapi bila cedok tu kena habiskan, tak boleh masukkan balance air tu dalam telaga. Orang dulu kat banyak pantang larangnya. Airnya korang boleh beli, dah siap filter dah jangan