Amalan Murah Rezeki #tipsdhiyaafraabella



Assalamualaikum Love!

Den ada post satu status di facebook den, mengenai amalan harian untuk murah rezeki. Tak sangka mendapat comment yang sangat positive malah ramai yang dah pun cuba apa yang den cadangkan. Den percaya ... sebab hasil dari apa yang den amalkan itu alhamdulilah sales DJM meningkat 5 kali ganda. Surprise me so much! Alhamdulilah Alhamdulilah. 

Apa yang den amalkan? Simple.



  1. Den ada sediakan dua tabung, 1 tabung syiling, 1 lagi tabung duit kertas RM1.00. Den start buat 2 bulan lepas, bulan lepas yang den konsisten buat. 
  2. Setiap pagi selepas solat subuh den akan masukkan RM1.00 dalam tabung setiap hari. Niat dalam hati duit ini akan disedekahkan kat sesiapa saja. (Keluarga didahulukan, orang terdekat dan saudara)
  3. Kadang tu den simpan lebih dari RM1.00. Cukup sebulan den akan keluarkan semua duit tu. Terus bagi kat ibu/ atuk/ adik-adik/ tabung masjid. 
  4. Tabung syiling tu pula den keep untuk emergency/ ibu duit. Ibu duit ni untuk rolling bisness. Penuh ja den terus masukkan dalam ASB/ Tabung Haji.
  5. Selalunya den akan beli barang guna duit besar-besar pastu dapat syiling, terus masuk semua dalam tabung.
Kadang tu kita nak konsisten sedekah, tapi selalu lupa. Jadi buat tabung ni, kita dah niat dan dikira kita dah sedekah hari-hari. Dan jangan lokek memberi, nampak orang gantung tabung kat leher tu, pejam mata masukkan je duit. 

p/s: Dalam purse banyak duit RM1.00. Bukak purse tengok duit banyak, dompet tebal sejukkk sikit hati ni muahaha. Den buat cara ni, bulan lepas income naik 5 kali ganda. Bulan ni kalau nak lebih kena lebihkan lagi sedekah dari bulan lepas. 

Moga tips ini beri manfaat untuk kalian semua. #tipsdhiyaafraabella






Love,
Dhiya Afraa Bella

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kristal untuk Ibu

Buka Puasa di Orchid Restaurant, Kampung Bharu KL

Kak Sham akan sentiasa dalam ingatanku

Terlalu banyak PLAN

Seminar IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan)

Masak Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

Ko Raseee?!

Trip to Langkawi: Island Hopping Beras Basah Island, Eagle feeding, Tasik dayang bunting

My Dreams