Trip to Langkawi : Makam Mahsuri, Fish Farm Restaurant, Westin Hotel


Assalamualaikum wbt.

Destinasi berikutnya, den poyi Makam Mahsuri. Ada yang kata tak best lah kat sini, tak ada apa pun. Tapi bagi den best sangat! Sebab once you masuk, korang akan rasa seperti masuk dalam zaman Mahsuri. Orang yang berjiwa kampung memang akan suka tempat macam ni. Masuk tempat ni kena bayar tapi tak mahal pun bawah RM 10 ja, kanak-kanak FREE. 

Salasilah Mahsuri
Masuk ja kat kaunter bayaran tu, belah kanan ada carta ni. Mahsuri memang cantik, tengoklah 7 keturunannya lawoo kan. Muka wanita melayu dulu-dulu gitu. 

Pintu masuk Makam Mahsuri


Tapi kalau masuk sini patung-patung sini macam memerhati tau muehehe. Patung ni 99% macam real. 

Telaga Mahsuri
 Ini lah dia telaga Mahsuri. Air telaga ni dipercayai untuk naikkan seri wajah, boleh diminum dan sapu kat muka. Tapi bila cedok tu kena habiskan, tak boleh masukkan balance air tu dalam telaga. Orang dulu kat banyak pantang larangnya. Airnya korang boleh beli, dah siap filter dah jangan lak korang minum terus dari telaga, kang ada ceret meret ti. Air telaga ni untuk minum RM 3 ja sebotol. Den boli 3 botol hehe. 

Rumah Mahsuri
 Sangat utuh lagi rumah, tangganya tinggi, teringin nak ada rumah kampung macam ni. Tenang... aman ja rasa. 

Dapur rumah Mahsuri

Ini amenda ea? Kukur kelapa ke? 


View dari dalam rumah Mahsuri. Tenangnya la hai. 


Muzium Mahsuri
Permainan Ting Ting. 

Bosar gila congkaknya!


Korang rasa nak main congkak ni, kena pakai buah apa? 

 FISH FARM RESTAURANT & RESORT LANGKAWI

Sampai sini memang perut dah berkeroncong lah. Den dinner kat sini Fish Farm Restaurant, kat maghrib baru sampai. View dia Masya allah sangat sangat sangat cantik! 




Waktu nih den dah penat tak larat jalan dah haha. duduk atas batu-batu ni sambil menikmati view alam ciptaan Tuhan. Sengih je budak ni tengok den haha. 



Waaa... makanan sampai! tak mkan nasi diet konon.. Tak lah sebenornya den nak makan lauk banyak-banyak, nasi boleh makan kat rumah hehe. Fuhhh rasanya oiiii perghhh sodap ya amat. Five star restaurant memang lah kan. semua cukup rasa. haish. The best!




Kerapu masak cili. weyhhh weyhh sodap weyhh. Sekali sekala rewardkan diri makan sedap-sedap. Lau kat langkawi terus pergi sini k. Confirm puas hati. 

WESTIN HOTEL LANGKAWI

Ada satu ja hotel 5 star kat Langkawi ni iaitu Westin Hotel. Tapi ... lepas ni beberapa tahun akan datang, hotel 6 bintang akan ada kat Langkawi. Yang Westin ni pun dah best ya amat! 

Confirm lena tido i you hehe
Flight den kul 2pm cam tu jadi bangun pagi... waaa freshnya, dapat melepaskan stress. best wooo travel. 

Mood tak nak bangun ni haha
Packing time
Kalau nak cerita pasal shopping kat Langkawi ni, memang murah ya amat, den tak sempat nak ambil gambar semua sebab dok memilih coklat yang ada tanda HALAL. Banyak yang tak ada tanda halal, den pun pelik kenapa ramai main ambil ja nih. Den stress sorang-sorang pegang troli *konon beli banyak sangat kan haha pilih coklat. Sebenarnya rambang mata tak tahu mana satu nak pilih. Lepas tu dok pikir lepas atau tidak check in nanti, takut over weight leceh nanti. 

Den hanya boli Cadburry Dairy Milk, ibu den obses dengan coklat muaha. Den punya yang Tiramisu choc tu, sodap! Kain batik dan kain pelekat murah tau. den boli 4 pasang sorang. T-Shirt Langkawi murah RM 5 ja selai den boli 4 pasang. Pastu den boli 1 set Minyak Akar Seruntun dan 2 set Pati Minyak Gamat. 

Minyak akar seruntun ni, peniaga tu cerita khasiatnya sangat unik, minyak ni tak panas dan tak sejuk. Kalau sapu tu macam minyak masak ja tak rasa apa-apa. Khasiatnya boleh memulihkan sel daging tau. Ada sorang ni tangan nya hancur sebab termasuk dalam mesin tebu, dia sapu minyak akar seruntun ni lama-lama daging tu tumbuh balik! Elok untuk sengal-sengal badan juga. Mahal sikit minyak ni 1 set ada 6 botol RM 60.00. Total den spend shopping hanya RM 100.00 ++. Murah kan?! Keychain lagi den beli kat airport. 


Aihh Bella.. baru nak breakfast ea? Well den tidur lewat tengok movie haha. Breakfast time. 


Sebelum nak check ou tu den jalan-jalan kat resort dulu. Cantik viewnya. Second trip yang best selepas den poyi Singapore. 




Balik hotel. Check out

Tu bilik den kat bahagian tengah, kalau selak langsir tu duduk kat beranda memang cantik! haishh tenang ja... Lepas ni nak bawa keluarga pula. Spend time with your family, sangat seronok!. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada kalian semua. 


Love,
Dhiya Afraa Bella

Comments

  1. Membalas kunjungan...
    wah!dah lama rasa nyer tak jejakkan kaki kat tanah langkawi nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best Nieyl, bella rasa nak pergi lagi lah tahun depan. Jom lah! Islan hopping, best !

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kristal untuk Ibu

Buka Puasa di Orchid Restaurant, Kampung Bharu KL

Kak Sham akan sentiasa dalam ingatanku

Terlalu banyak PLAN

Seminar IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan)

Masak Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

Ko Raseee?!

Trip to Langkawi: Island Hopping Beras Basah Island, Eagle feeding, Tasik dayang bunting

My Dreams