Resepi Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

Hello and Assalam love, 

Happy Chinese New Year to all. Hari ini hari terakhir cuti, esok sambung kerja, sekejapnya masa berlalu. Mood rajin ditambah lagi dengan cuaca yang cantik maka terjadilah hidangan tengahari ini, Asam pedas ikan jenahak stail Melaka. 

Traffic blog menunjukkan ramai yang singgah di post resepi. Jadi bermula tahun ini saya akan share segala ilmu masakan kepada anda semua. Moga ianya membantu kalian. 

JOM MASAK !

credit to facebook pages DAPUR DJM

BAHAN - BAHAN :
===============
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu ketumbar
1/2 sudu lada hitam
1 mangkuk besar Cili kisar
1 inci belacan
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
5 batang serai dititik
Daun kesum
Bunga Kantan
1 ekor ikan jenahak
Asam jawa

 

STEP 1 : Hiris bawang merah dan bawang putih.


STEP 2: Tumbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar, lada hitam, halia dan kunyit hidup.


STEP 3 : Panaskan minyak masak.
STEP 4 : Tumis hirisan bawag merah bawang putih dan bahan tumbuk tadi. Masak sehingga kekuningan.
STEP 5 : Masukkan cili kisar dan belacan. Masak sehingga pecah minyak.
STEP 6 : Masukkan air asam jawa (2 mangkuk besar), ikan jenahak, serai, daun kesum, bunga kantan dan perasa.
STEP 7 : Biarkan 5 minit, sehingga masak.

SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN !


Follow sini : 
Facebook pages DAPUR DJM
Instagram @DAPUR_DJM 

Kakbell : Ikan hasil memancing di kolam, ada lagi satu ekor , nak masak apa pula ya? 

Comments

Popular posts from this blog

Kristal untuk Ibu

Buka Puasa di Orchid Restaurant, Kampung Bharu KL

Terlalu banyak PLAN

Kak Sham akan sentiasa dalam ingatanku

Seminar IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan)

Trip to Langkawi: Island Hopping Beras Basah Island, Eagle feeding, Tasik dayang bunting

Masak Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

My Dreams