Terlalu banyak PLAN

Assalamualaikum WBT laman blogger 💙

Jam menunjukkan pukul 01:01 AM (nice number, kebetulan) 😚

Hari ini saja nak menulis, Bella nih celik je mata fikir bisness. Hari2 sentiasa fikir pasal bisness. Tak tahulah passion tu datang dari siapa?

Abah Ibu jenis yang tak minat bisness, mereka prefer anak-anak dia kerja kerajaan jadi cikgu, polis, kerja makan gaji lah. Tapi tulah sorang pun anak mereka tak dapat kerja government.

Dapat bakal menantu kerja kerajaan pun dah okay rasanya kot, haha ðŸĪŠ Insya Allah, Aamin.

Ada orang melihat Bella nih kadang nampak biasa-biasa. Ada suatu masa dan situasi nampak bijak pula minah nih ðŸĨī Kadang nampak macam budak-budak pula ðŸĪĢ

Manusia nih ada banyak personality dan air muka. Air muka bersama keluarga lain, dengan kekasih lain, dengan sahabat lain, dengan stranger juga lain. Setiap orang pasti akan nampak berbeza dengan orang-orang tertentu.

Bella pula perangainya tak mudah mesra dengan stranger, bukan jenis yang mulakan perbicaraan dulu. Bella lebih selesa senyap jaaa. Suka memerhati saja. Jika rasa perlu masuk dalam conversation itu, Bella akan fikir banyak kali impak selepas itu. Jika ianya the right decisions barulah Bella bertindak.

Begitu juga dengan bisness. Banyak plan Bella untuk brand DJM, sangat2 passion dan obsessed untuk naikkan nama brand ini. Bella dah ada skill, ilmu belajar dari pengalaman sejak tahun 2009-2010 tak silap 🙏

Masalah Bella kini ialah MODAL. Bella dari dulu kerap rolling untung niaga yang ada. Kadang2 situasi itu memupuk sifat Sabar. Bella juga faham, kadang setiap perkara yang berlaku Allah SWT dah aturkannya dengan sangat baik.

Kadang2 Bella cemburu dengan kejayaan brand2 lain, dalam masa yang sama kagum juga. Bila dilihat dari sudut lain baru faham ...

Ohhh ... patutlah sales bergantung 100% dengan Ads.
Ohhh ... bisness laju tapi aurat pengguna terdedah.
Ohhh ... guna testimony tipu.

Bila Bella dapat tahu perkara2 ini (tak semua brand) cemburu Bella jadi reda sikit.

Bisness Bella sehingga kini tidak menggunakan Ads, semua buat sendiri traditional sikit orangnya ðŸĪŠ mungkin akan datang bila dah ada budgetnya.

Bella sedaya upaya jalankan perniagaan yang Lurus, dan niat utama moga-moga Allah SWT Redha, kerana Bella tak nak harta yang dapat itu tak berkat. Nak bagi keluarga makan.

Sampai ke hati kita bagi hasil haram pada orang tua, adik2 kita?

Orang lain mungkin sanggup kerana dia nak kan DUIT.

Bella nak DUIT + REDHA Allah + BERKAT.

Jadinya Bella kena terima, if aku pilih jalan yang ini kena tempuh Sabar.

Biarlah kita naik sikit2 dari naik cepat turun pun laju menjunam, nauzubillah.

Moga-moga hati Bella ini TETAP dan KUAT ikut di jalan yang betul, jalan yang lurus, jalan yang jujur.

Hati sentiasa berdoa moga-moga apa yang ada dalam bayangan Bella kini, suatu hari nanti akan TERJADI jua.

💙 BELLA DJM

#BellaDjmWriting

Comments

Popular posts from this blog

Seminar IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan)

Buka Puasa di Orchid Restaurant, Kampung Bharu KL

Masak Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

Amalan Murah Rezeki #tipsdhiyaafraabella

Trip to Langkawi: Island Hopping Beras Basah Island, Eagle feeding, Tasik dayang bunting

Kak Sham akan sentiasa dalam ingatanku

Login 5 akaun Instagram sekaligus di phone

Resepi Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak