Kak Sham akan sentiasa dalam ingatanku

Assalamualaikum laman blogger 💙

Tengahari tadi dapat berita yang Kak Sham dah tak ada. Terkejut dan terkedu, baharu saja beberapa bulan lepas Kak Niza pergi.

Kak Sham dan Kak Niza adalah rakan seniaga Jamu Ratu Malaya (JRM) dulu. I stop niaga jrm pada tahun 2019 sebab nak focus brand sendiri. Join as a pengedar jrm awal tahun 2017 tak silap.

Dalam tempoh 3 tahun itu i berkenalan dengan ramai kakak, sebab i paling muda masa tu, dan banyak juga dapat ilmu dan pengalaman. I masa tu aktif join apa2 aktiviti yang Kak Yati (Stokis JRM Klang) dan JRM HQ anjurkan.

Kenangan yang paling best dan sentiasa diingati masa GlamCamp di Rumah Hutan Bonda Rozita pada tahun 2018 tak silap.

Masa itulah i kenal dengan Kak Sham, sebab kami satu bilik masa tu bertiga dengan Kak Ain. Orangnya lembut ja, ada lesung pipit dua2 belah pipi, wajahnya manis, tak lekang dengan senyuman. Pandang orang tu i dapat rasa yang dia sentiasa fikirkan yang baik2 saja dgn org disekelilingnya.

Lepas dapat berita ketiadaan arwah, i terus buka ig @erabelldjm Ig itu dulu i buat khas utk simpan memori aktiviti jrm.


Masa mula2 kenal dengan arwah Kak Sham (tengah) dan Kak Ain 💙 Aktiviti Glamcamp JRM di Rumah Hutan Bonda Rozita.


First time jumpa Bonda Rozita masa nih, ada sedikit ucapan buat pengedar last sekali ada sesi bergambar dengan bonda, i yang snap pic ini buat arwah 💗


Lepas solat isyak masa nih, ditemani bunyi air sungai mengalir, kami saling mengenali byk yg i belajar dari pengalaman hidup mereka. Masa inilah i borak panjang dengan arwah. Arwah antara salah seorang yg dengar kesah hidup i masa tu (segelintir saja yg tahu)

I masih ingat kata2 arwah ...

" Ya allah bella ... bella masih muda tapi allah pilih untuk uji bella begitu. Kak Sham percaya suatu hari nanti bella akan menjadi SOMEBODY dan Kak Sham doakan bella dapat jodoh yg memahami bella, baik macam bella, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umurnya.

Insya Allah bella boleh, Kak Sham percaya. "

Kak Ain (tudung hitam) masa tu dengar suku ja, kemudian dia dah diulit mimpi, kerana siangnya kami ada pelbagai aktiviti juga.

Punyalah sabar arwah mendengar cerita i walau i tahu matanya dah terkebil-kebil menahan ngantuk, tapi dia tak merungut pun. Setia mendengar.


Waktu awal pagi di Rumah Sungai Bonda Rozita kami sempat bergambar buat kenangan 💙


Ada aktiviti mengenali kawan jrm, dimana ada satu quiz soalan, kemudian kena teka siapakah mereka?

Walau I baru pertama kali jumpa sahabat jrm yg lain tapi i menang dengan dari 9/10 soalan meneka dengan betul. Bukan sebab i kenal mereka, yelah mana kita tahu dia suka warna apa, makan apa kan?

I meneka dengan melihat their face expression. I ada satu kelebihan dimana boleh scan wajah manusia, dari scan itu i faham situasi semasa dia. cthnya : i tahu dia sedang sedih tapi tidaklah terlalu mendalam tahu dia sedih sebab apa?

Mungkin pengalaman hidup mengajar seperti orang tua yg dah lama hidup. Cuba tanya opah or onyang kita, bagi gambar kat mereka mesti dia tahu dah personality orgnya macam mana.

Begitulah juga i walau tak lah sehebat orang lama, kerna usia masih muda. Cukuplah kelebihan itu i guna utk dimasa akn dtg. Cthnya : mungkin akan dtg i nak ambil pekerja, dimasa interview itulah i gunakan kelebihan itu.


Masa nih ada aktiviti Anugerah JRM di Hotel Premiera KL, kami mesti akan bergambar bersama. Sebelah arwah tu Kak Naz.


Bersama dgn Kak Yati (Stokis JRM Klang) dan Kak Ayu Mek Gebuss (Adik Kak Yati) 💙


Aktiviti ini pula adalah yg terakhir sebelum i keluar dari keluarga jrm. Program Jutawan Bonda, belajar cara servis customer. Arwah bertudung purple, berkaca mata.

Dimasa i menaip cerita ini, ada rasa sebak di dada. I kurang kawan muda, i ada ramai kawan yang usia lebih tua 40-60an. Jadinya di usia i sekarang, sedang melalui fasa kehilangan. Fasa ini sangat menyakitkan dari dalam.

Walau tidak terlihat dari luaran, tapi hati sentiasa mengingati setiap kenangan-kenangan yang tersimpan. I sangat menghargai setiap pertemuan sama ada pertemuan itu berakhir dengan baik mahupun sebaliknya, kerana itulah yang menjadikan diri i yang kini.

Bella akan sentiasa ingat pesanan Kak Sham dan kenangan kita, moga Kak Sham tenang disana. Kak Sham dah tak sakit lagi kan? Moga ada jodoh kita berjumpa di taman syurga kelak Insya Allah, aamin.

Al-Fatihah buat Kak Shamsiah Salim 💗

Comments

Popular posts from this blog

Kristal untuk Ibu

Buka Puasa di Orchid Restaurant, Kampung Bharu KL

Terlalu banyak PLAN

Seminar IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan)

Trip to Langkawi: Island Hopping Beras Basah Island, Eagle feeding, Tasik dayang bunting

Resepi Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

Masak Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

My Dreams