Ko Raseee?!

00:49 AM

Hey laman blogger 💙

Lama i fikir, terlalu lama. Kebiasaannya sebelum nak buat sesuatu tindakan i akan fikir banyak kali, fikir buruk baiknya. Kadang ter overthinking 😅

Dan akhirnya ...

I ikut kata hati (yang boleh buatkan hati i tenang)

Bukan mudah sebenarnya, sebab i seorang business woman (online business for almost 11 years) sejujurnya i tak nak dikenali or diketahui kerana lagi dikenali lagi banyak fitnah. Dunia akhir zaman. I nak hidup tenang, aman tenteram.

I bermula dari zaman orang tak reti dan tak tahu pun apa itu niaga online. Kini (21/07/21) i undur diri dari media social (my personal not business)


WHY DEACTIVATE FACEBOOK/ INSTAGRAM/ TWITTER/ TIKTOK?

Orang akan kata i tengah depressed ke? or whatsoever it is 🤪 (biasalah mulut orang kan 🤣) i dun care. Hati i Allah SWT yang lebih tahu dan faham. Ini bukan kali pertama i buat sebenarnya 🤭 pada tahun 2016 i dah buat sekali then after more than a year i active ber fb, ig and all the beradik's lah haha 😆

Actually i dah jauh hati ...

Sometimes i fikir, i post about makanan bcoz i niaga sambal. I selfie bcoz i niaga skincare and shawls. I share semua bersebab. Bukan saja2 nak share.

I seorang yang bila buat sesuatu perkara itu ada maksud. I don't know if i should said it here?

Kadang i jealous dengan orang yang ikatan saudaranya baik, bertolak ansur, memahami lebih baik macam adik beradik. I nak tapi tak dapat semua, Allah swt belum beri rezeki tu.

I sakit hati sangat2, i rasa dah bersabar hampir 19 tahun (maybe) dengan perangai saudara i. Setakat orang luar i tak heran sangat tau, bila saudara nih payah dan perit sikit.

Ditelan mati mak, diluah mati bapak.

Anak mana yang tak sakit hati bila tengok adik-beradik mak ayah kita jenis penting kan diri sendiri? Lepas perut masing2?

Tell me, siapa yang tak marah orang susahkan mak bapak kita walau saudara sendiri?

Bila kita sebagai anak nih nak tegur or berterus terang dengan sikap segelintir, tapi kita ngenangkan hati mak ayah kita punya adik-beradik kita terpaksa TELAN & SABAR !! Kita pendam.

Tapi, sampai bila?

I dah OVER LIMIT!! Tak boleh tahan dah 🤕

Orang mungkin akan condemned i kata ...

" Tak baiklah sedara, tak baiklah putuskan silaturrahim, Allah marah. "

Jawapan i satu je : If kita dah cuba jadi baik (berpuluh tahun), layan dengan terbaik, still dibalas 💩 juga, untuk apa kita teruskan lagi? Buat apa nak seksa diri layan orang negative yang tak suka pun tengok kita bahagia?

Sooo ... kita move on lah, tunggu apa lagi jang? 🤣 Kita jaga keluarga sendiri dan buat hal masing2.

KENAPA I MARAH SANGAT?

1. Hari2 datang bertandang.
Dari pagi sampai petang, kadang balik sambung lagi sampai pukul 12 pagi. Kalau buat air tu sampai berjug-jug tak terkira dah, tapi datang rumah dia punya lah payah nya ya allah nak hidang air, if hidang mcm tak ikhlas buat air teh cair macam air ken****. Layan endah tak endah macam nak suruh kita balik cepat (padahal datang melawat hari raya 😏) itupun hari raya dah lebih seminggu kebiasaannya)

2. Sayang bini malas masak.
I kat rumah hari2 masak. Kadang tu i rasa macam ada mak lagi satu kat rumah lain umpamanya. Mak kita nih tiap kali masak tapau kat dia sebab tahu dia suka makan air tangan kami. Ada lebih apa salahnya kan. Tapi tulah manusia kan benda free nih payah nak hargai lama2 dah lemak mula lah buat perangai. Boleh dikatakan hari2 lah menghantar sampai kan bini malas masak, penat dll (apa aku nih tak penat ke? hari2 masak dah tanggungjawab kita kan?) Kau tak masak, main beli2 je anak2 membesar tengah kuat makan, lau beli kang malam lauk tak ada, or kau beli fast food. Beli lagi? Tak apalah lau suami mampu, lantak lah kan.

Then ... Sibuk wasap tanya masak apa or reply status mak kita (Ia mak kita nih orang tua dia tak sampai hati, yer dak? 😏) Ditapaukan nya lah, anak dia sendiri pula tukang ngantor. Huiiii macam raja pi hantar santapan!

3. Hari Raya semua serbu *Paling2 sakit hati Ya Allah! 🤬
Cer bayangkan ehh point 1 dah hari2 bertandang kan? Okay time bulan puasa dah nampak dah kami busy buat kuih raya (tak beli, tiap tahun buat sendiri) Then hari raya kami memang masak lengkap tiap tahun belum pernah miss lagi, dari i kecik sampai lah besar nih haaa. Rendang, kuah kacang, lodeh kadang ada lagi menu extra. Masak bukan sikit2 banyak berbelanga sebab niat nak sedekah pada jiran2 sekali.

I lau time hari raya i stress!

Awal pagi raya jeee sedara i nih dah datang bawa semua anak2 dia, sebabnya ...

• Dia nak elak jiran dy dtg beraya umah dy
• Bini tak masak rendang (kdg2 ada tapi sangat2 jrg, boleh dikira)
• Tak nak bagi rumah dia kotor/ bersepah
• Kadang tu dia bagi ayam buat masak rendang ats alasan dy dtg menyinggah anak2 dia makan, pernah bila perangai gila dy sampai, dy akan cakap lah kat atuk ...

" Haaaa ... kaknor tu lau nak ayam, cakaplah nak berapa ekor. "

Ko raseee? 🤯

Apa dia ingat kami nih tak mampu beli ayam ke? Padahal kadang mak kita nih tak masak pun guna ayam dia bagi, sebab memang dah budget dah tiap2 tahun raya.

Padahal kami nih tapau lagi lauk pauk walau dy anak beranak dah dtg makn kat rumah. Tak kesah, sebab ada lebih.

Ye .... betul jamu orang makan besar pahalanya i tahu tu.

If sampai i umur nak masuk 30thn i baru merasa 1x beraya dgn keluarga sendiri (raya 2021) tak dapat nak bermaafan dgn mak ayah kita, tak dapat nak bergambar satu keluarga? Tak dapat nak makan semeja dgn keluarga pagi raya?

Ko raseee? 🤬

Tiap kali pagi raya i tak pernah nya nak cantik2, memang comot habis sebab duk busy tapaukan jiran, pastu yg sedara nih dtg awal pagi bawa tenteranya semua. Mana nak hidang air, potong ketupat (Allah swt saja yg tahu dan faham)

Sampaikan Mr Cool kata ...

" Abang tak sanggup tengok anje, ibu and adik pagi raya. "

Orang yg sayang kita betul2 je akan kesian dan faham. Org selfish nak lepas perut sendiri!

Kes Hari raya nih bukan sedara sorang tau haaaa baik belah ibu ke, belah bapak ke sama perangai. Mereka tahu yang kami nih mmng pagi raya masak. Lepas pergi kubur pagi2 akan isi perut dulu kat rumah kami (umpama hotel free of charge)

Rezeki i sebab wabak nih lah i tenang sikit dan dapat beraya bersama keluarga.

Tapi adalah tahun kedua wabak tak silap, sedara i nih time kerajaan kata tak boleh dtg beraya bawa anak2 sekali cucu, dy boleh dtg omaigod, kenapalah punya manusia kepala batu, and selfish nih (i tahu mereka kerap tgk i post makanan kat fb) I sampai satu tahap tak nak post pasal makanan, sebabnya bila post aja sedara A nih smpai, sedara B nih smpai.

Kadang time weekend i nak lah luang masa dgn Mr Cool sedara C nih boleh dtg bawa anak2 sebab tahu yg setiap weekend akan masak ikut selera Mr Cool.

Sampai kan sedara B nih cakap ...

"Waaaa ... *** tgk akak asyik makan udang, ketam, udang ketam"

Biasa ibu i akan reply, biasalah bila sabtu ahad nih Mr Cool ada dia yg keluar belanjanya, bella masak, akak mkn je.

I pelik apa masalahnya nih? Perlu ke nak cakap mcm tu kat mak kita? Kenapa persoalkan rezeki orang yg Allah swt beri?

Jika mereka ada sifat tolak ansur, kerja sama. I tak kan marah, i masih waras lagi.

Ini datang rumah abg kak ipar lenggang kangkung tiada buah tangan. Kadang kan i pelik sangat, adab semakin dilupakan. Elok lagi atuk i tu, yang buta huruf, tak pandai cakap sgt tiap kali dtg tak pernahnya kosong tangan dia, mesti ada buah tangan. Dari i kecil sampai lah besar, walau dia duit kurang ke tetap ada buah tangannya dia bawa pelam lah, rambutan lah.

Kenapa dengan orang sekarang ye?

Tak boleh ke kau datang bawa sekali menu yg kau masak  pagi raya tu? Kita makan sama2 (potluck) rasa masak org tu, rasa masak sedara nih, kan besttt?

4. Bawa perut sendiri
Call mak kita, kata nak dtg nak makan akak masak tau. Okaylah i faham sedara sorang nih bukan selalu datang kan, yang tak bestnya mak kita nih jenis perangai lau sedara nak datang punyalah beriya dy masak yg Allah sampai terlebih2 dgn ulamnya, sambal belacan, aihhhh lebih lah.

Tapi yg si sedara nih dtg dgn anak2 sekali kawan2 ank dy dtg makan rupa kebulur sgt! Then i akan perhati jap cari apa buah tangan bagi kat mak kita.

Bila sedara nih dah balik i tanya apa *** bagi buah tangan kat ibu?

Ibu biasa akan jawab : Alaaaa biarlah ...

Biarlah, biarlah, biarlah (if sekali tak apa tau) tak terkira dah. I cakap balik ...

"Takkan tak boleh beli kek pisang ke kat 99 speedmart tu murah? Beli roti ke? Apa2 lah buah ke? Air ke? Tak kan tak boleh? Pisang goreng ke? Pikir perut dia jeee!"

5. Tolak orang ke rumah i
Sedara A nak dtg lawat Sedara B (sakit), tapi Sedara B kata ...

" Haaa okay2 kita jumpa kat rumah kaknor ehh "

Tahu tak rumah i nih jadi macm homestay, dan i, adik n mak i nih mcm orang gaji. Lebih kurang gitulah perumpamaanya.

Dy tak nak org datang rumah dy sbb malas nak layan, then dy suh orang tu berkumpul ke rumah kita! 🤬 bukan sekali banyak kali dah.

Ko raseee?!

Apa tak fikir ke perasan tuan rumah (abg ipar) kau? Suka2 buat keputusan sendiri, tau ke adab nak dtg rumah orang tu?

Kita kena call tuan rumah tu dulu, if kakak kau sendiri tanya hari sekian2 nak dtg ziarah akak, rindu nak jumpa akak boleh ke?

Okay step kedua nya kakak dy nih kena minta izin dulu dengan suami dy, adik2 dy nak dtg boleh ke? If suami tak izinkan ada sbb tertentu kena call tunda hari lain. Itu stepnya bukannya buat macam rumah i nih homestay tempat meeting kau!!

Ini pun i tau pasal adab nih setelah i ambil kursus kahwin, dah berzaman sabar 😪 baru i tahu.

Langsung tak respect kondisi mak ayah i, yang lagi buat i sakit hati. Mak kita nih dah lah kaki dy sakit, jalan terhencot2, if duduk lama ngadap dengar luahan hati sedara A yg tak habis2 tu kaki dy pun bengkak sebab tergantung. Life dy dgn anak2 pun tak ada, nak ngadap dy je. Sampai abg ipar sendiri pulak yg keluar rumah gi lepak kedai. Kadang smpai abg ipar dah balik, sedara A nih tak balik2 smpai pukul 12 pagi.

Ko raseee?!

Salah lagi ke i nih? Jahat lagi ke i nih? I hanya melepaskan amarah yg terpendam berpuluh tahun, bukan setahun yee. Orang buat mak ayah kita. Situasi i adalah i tak boleh nak tegur sbb nak jaga hati mak i, begitu juga dgn ayah i. I punya marah tu smpai dy dtg je, i masuk bilik (sebab khuatir mulut i lancang). Then i akan tgk jam kira berapa jam dy ada kat dapur tu, sampai bini dy sanggup lelap jap kat bilik adik i. Padahal anak2 sedara A nih ada tu kat rumah. Dan ia berulang2 tiap hari bertahun2.

Ko raseee?!

I bukan malaikat tau, kesabaran ada batasnya. Itu belum lagi cemburu lau mak ayah i keluar berjalan. Bila sampai perangai gila dy, ada sekali ayah i dpt rezeki belanja lah sedara2 nih sambut bday sekali, makanan tau lah mak i tu dgn satay beratus cucuk, nasi kandarnya berbungkus2, dengan kfc nya sbb sedara2 punya anak nih suka mkn ayam, dengan keknya lagi.

Petang i dah letih, i masuk bilik rehat jap.

Waktu maghrib i terjaga, i keluar ke dapur punya i terkejut, ya allah dapur bersepah!! atas meja pinggan semua tak basuh, mengucap i.

I pun tanya ibu ...

"Dowang main balik tinggal je ke bu? Napa tak tolong sama2 kemas, sebab sambut bday dowang juga (buat kat rumah i 🤬)"

Mak i diam je dia malas nak berdebat dgn i.

SANGGUP DOWANG BIARKAN TINGGALKAN MAK I YANG KAKI SAKIT NIH KEMAS?! DAH LAH KITA NIH BELANJA JAMU DOWANG MAKAN.

SUNGGUH KEJAMMMM!!

Cer bygkan keadaan rumah yg 2 keluarga besar datang makan rumah korang? bersepah gilerrr! dgn sisa makanan, dowang hanya bawa balik makanan lagi.

Ko raseee?!

Subhanallah, Allah swt saja yg tahu dan dia maha melihat.

Salah lagi ke i? Dan i masih sabar lagi. I rasa lau org lain dah bergaduh bertumbuk dah, seyesss!

6. Tak boleh tgk mak ayah i HAPPY
Sebelum wabak nih i dgn Mr Cool mmng suka berjalan, kadang ada rezeki lebih dapatlah i bawa mak ayah i, sebabnya bila nak bawa orang tua, atuk i dy mesti nak ikut juga, adik2 i mungkin ada yg xnak ikut, kdg sbb kerja, kdg tu semua ikut.

Sedara A yg kerap bertandang hari2 nih tak boleh tgk keluarga kakak dy nih bahagia, tak boleh bila kakak dy nih lambat reply wasap dy, kerana dlm fikiran negative dy tu beranggapan yg kakak dy nih sengaja lambat reply wasap, or saja keluar rumah sbb xnak layan dy.

Ko ada bini kan? suh lah bini layan kau! Apa ingat mak i nih anak dara ke? Dy ada privacynya juga.

Tak kan tak tahu kakak dy tu dah lah rabun dekat, lau spek xd kat dy xdpt nak baca wasap kdg dah buka wasap, kabur tak nmpak spek tak jumpa. Dalam masa yg sama tgh ada aktiviti dgn anak2 dy, dah tentu2 lah dy focus keluarga dy.

"Alaaa kaknor tu asyik keluar je, asyik tak ada kat rumah jeeee, call tak angkat, wasap lambat reply!"

Eh ko sapeee nak cakap mak i mcm tu?

Inilah dy manusia lemak yg TAK DITEGUR. Budak kecik lau buat salah tak ditegur jadi jahat budak tu. Lau orang tua buat salah? Patutnya nampak terus tgur tak kira kau tua muda ke asal benda yg baik tu tegur. Betul?

If org tua tak hormat org muda, rasa2 org muda nih boleh diammmm je ke? Op kos dy akan lawan balik.

Tapi i terpaksa lagi MEMENDAM. Azabnya ya allah.

Dipendekkan cerita i hampir capai limit.

Sedara2 nih masih lagi kerap bertandang, dari atas post nih i cerita kesah nih berulang2 bertahun2 lamanya.

I yg dah bertahun2 tak kerja nih, i stress tak nak jumpa sedara nih i sampai nekad keluar cari kerja. Tak lama i kerja hampir setahun dgn gaji yg tak setimpal itu belum lagi i cerita kesah tu, takpe i akan cerita juga di next post kerana byk hikmahnya yg boleh diambil.

I ingatkan kuranglah sikit marah i nih, tapi bila i balik kerja time maghrib sedara nih boleh ada bertandang kat rumah i 🤬 sampai 12 pagi kdg terbabas 1 pagi.

Ko raseee?!

I sabar lagi, i masih lagi hormat, i salam lagi. Alasan dy kata ada benda halus ganggu rumah dy atas bumbung time maghrib je bunyi. Alasan lama dy kata rumah dy panas, then sedara nih dah pasang aircond dy kata ada gangguan pula. 😏

Lagi i marah bila ngam2 azan maghrib dy datang rumah i 🤯 ya allah nak sabar mcm mana lagi nih?

Sampailah i decided utk berhenti kerja pada awal kes wabak nih 2019, masa pkp pertama kali dilaksanakan tu, itupun sbb i dah hilang sabar juga dan i sangkakan time wabak nih tak adalah sedara2 nih nak dtg.

Ya allah dy dtg juga 🤯 dah lah covid, mak ayah i nih org tua boleh dy dtg.

Itu dah kemuncak sabar i. Then i PROTEST.

I dah buat keputusan i tak nak hipokrit. Sedara nih dtg i buat tak tahu macam tak wujud, i tak tegur, i tak salam, and i tak pandang.

I dah tak kisah pasal hati mak ayah i, kerana i tahu hati i dah nazak. So i kena paksa jaga hati sendiri dah tiba masanya utk i pula jadi SELFISH.

Itupun tak faham2 lagi, ke buat2 tak faham. 😏

Lama juga sedara nih boleh layan lagi, i masih lagi buat tak tahu. I dah tak kisah dah apa Mr Cool cakap, i dah tak boleh SABAR sgt nih. Dah istighfar byk tak boleh dah abg, please faham 🙏

Sebabnya sedara nih boleh dtg time weekend, Mr Cool ada. Dah confirm2 i tak nak jumpa i masuk bilik. I rasa bersalah sebab i biarkan Mr Cool sorang2 kat luar, i cuma doa byk2 moga dy faham keadaan i smpai sedara nih balik, i bukan buat perangai saja2, sebab i tak tahan sangat dah!

Alhamdulilah Mr Cool faham 😭

Sampai ada suatu hari yg merupakan kemuncaknya. I nak ke toilet mcm biasa sedara nih mmng akan bertandang je.

I keluar, sedara nih mmng i tak salam lah, kebetulan selisih dgn bini dy memang i tak salam and buat tak nampak lah.

Then i dgr ...

"Napa bella tak salam awak?"

Bini dy kata : "Dy nak cepat kot gi toilet tak perasan sy" (i ingat2 lupa conversationnya)

"Lau tak salam sy takpelah, napa bella tak salam awak, apa salah awak?"

Dy minta penjelasan pada mak i sebenarnya, dan pertama kali mak i tak dapat nak backup sedara i nih.

I dah stanby masa i nak keluar toilet if sedara i nih tanya one by one dgn i, apa masalahnya?

I boleh duduk bincang, if dy ada sifat tolak ansur tu? Dy rendahkan ego dy kata if *** ada buat salah kat bella, minta maaf mungkin xperasan, ceritalah apa yg mmbuatkan bella bertindak sebegini?

I dengan rela hati berterus terang you 😄

Tapi .... sedara nih bukan manusia sebegitu, lepas je dy tanya mak i senyap tak byk komen, dy pun ajak bini dy balik.

Marah lah tu kononnya 😏

Fikir logik lah, kau sedara kandung i, buat apa i nak salam bini kau if i tak salam kau? Logik kan? Buat apa pilih kasih?

Macam biasa mak i, bila sedara nih dah blah i kena marah lah, kata rezeki nnti tersekat lah, putuskan silaturrahim lah. Macam2 lah.

I tak peduli lah, bertahun2 i sabar beri peluang utk sedara2 nih sedar, akhirnya i yg seksa.

Lama2 lepas tu baru i explain dgn mak i, i cuba bukakan minda dy, i cuba cari kata2 ustaz ustazah mengenai silaturrahim, i cuba cari org lebih berilmu i bagi pendapat mereka. Supaya orang tua i nih faham.

Betapa seksanya mental i, kerana i nak jaga banyak hati dalam satu masa, hati mak i, ayah i dan juga hati kesayangan i Mr Cool, ia bukan perkara yg mudah.

I nak sambung lagi kesah Ko Raseee?! nih, tapi jam menunjukkan pukul 04.15 pagi, i menaip tak berhenti dari 00:49am dan post pun dah sangat panjang.

Selama i hidup ini pertama kali i share masalah peribadi i yg bagi i situasinya lebih kurang je dgn org lain (ramai je mangsa selfish sedara sendiri, cuma tak ramai yg berani bersuara ats alasan jaga silaturrahim itu lah) 😄 Ada side effects nya.

I akan sambung lagi post [ Ko Raseee?! Part 2 ] Insya Allah.

Ps : Yang baik diambil, yang tak baik dijadikan sempadan.

Comments

Popular posts from this blog

Kristal untuk Ibu

Buka Puasa di Orchid Restaurant, Kampung Bharu KL

Terlalu banyak PLAN

Kak Sham akan sentiasa dalam ingatanku

Seminar IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan)

Trip to Langkawi: Island Hopping Beras Basah Island, Eagle feeding, Tasik dayang bunting

Resepi Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

Masak Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

My Dreams