Kristal untuk Ibu

Kristal untuk Ibu 💚

Di rumah bella seorang saja yang (tertarik) sentiasa amalkan terapi diri. Hari-hari mandi bunga🌹 bella nih. Sehari kadang berkali-kali. Kristal pula bella start pakai dari awal tahun selepas scan aura, beli Red Agate + Onyx dulu.

Selang beberapa bulan beli pula Super 7 bracelet. Tapi beli yg kecil, sebabnya bella dapat rasa energy nya sangat strong, sekarang dah dapat rasa, bella ready untuk pakai saiz Super 7 yang lebih besar. Insya Allah.

Suatu hari tu seminggu sebelum arwah pergi, ibu tiba-tiba kata dia rasa tenang bila tengok kristal super 7 yang bella pakai.

Ibu kata mula-mula kakak pakai nampak tak menyerlah, semakin lama ibu nampak makin cantik, makin bersinar berkilat ✨

Padahal lebih setengah tahun dah nih bella pakai. Dia baru nampak kristal tu cantik.

Then bella buka Instagram @qamara.butiq tunjuk kat ibu.

Okay ibu ... tengok gambar2 kat sini, yang mana ibu nampak paling cantik ibu bagi tahu bella. Sejujurnya bella dah tahu dan dapat rasa warna kristal apa yang sesuai dan bakal ibu pilih nanti 💚

Dark Green Jadeit + Onyx jadi pilihannya. Dia nak design sama macam gelang kristal merah hitam bella.

Proses order sangat berjalan lancar, cepat sampai pada ibu. Dalam hati dah rasa akan berlaku sesuatu yang boleh menggangu kawasan chakra hijau ibu. Tambahan lagi arwah masa tu sakit saja. Tapi bella bab nih banyak diam.

Orang tanya baru bella jawab.

Kebetulan atuk ada, dia nampak masa bella buka parcel and bagi ibu pakai. Atuk din nih dia special dia bekas tok guru silat dan diberi kelebihan boleh berubat orang (tradisional).

Nak yakinkan ibu abah di masa itu, bella hanya minta tokdin pegang dan rasa dua-dua kristal bella. Atuk pegang dia angguk-angguk ...

Bagus batu nih hidup, kuat, ada denyut.

Ahaaaa betul tok, masa bella pergi ke qamara butiq, mata bella sekali tengok, kita tahu dah kristal nih fake atau tidak. Nak lagi kepastian bella pegang saja, bella boleh rasa ada nadi berdenyut. Kali kedua datang masa nak pickup pendant Labradorite, bella minta staff tunjuk Super 7, minta izin nak pegang jap. Fuhhhh memang power energynya.

Bermaksud disini adalah ciptaan tuhan semua berdenyut. Ciptaan manusia saja yang tak hidup, walau benda tu dicipta untuk bergerak tapi tiada nadi.

Kemudian abah masa tu tiba-tiba nak juga warna hijau, tapi dia nak yang hijau lagi gelap. Hati dah terdetik yang chakra hijau abah dalam kondisi teruk dah. Sejujurnya bella kata, bella tahu dah arwah nak pergi. Jadi bella tak banyak bangkang apa yang dia nak, dan cakap.

Cuma tulah bella ada rasa terkilan arwah tak sempat pakai Kristal hijau Malachite tu, sebabnya kristal nih tak semua orang tertarik, yang selayaknya saja akan nampak.

Orang tak suka pakai kita tak boleh nak paksa dia pakai walau kita sebenarnya tahu khasiatnya bagus buat diri. Cuma khasiatnya tak nampak tapi boleh dirasakan.

Then, bella tanya atuk pula ...

Atuk mesti nak and suka Kristal warna hitam kan? Atukdin angguk-angguk je dan dia kata nak yang bentuk petak.

Okaylah nanti bella order sekali dengan abah punya.

Tak sempat bella nak order arwah dah pergi. Takpelah Allah swt sebaik-baik perancang.

Jika ada yang berminat nak pakai kristal boleh lah ke Instagram/ Facebook mereka, bella share link nya disini.


Terima kasih buat staff QAMARA Butiq Qila/Fiqah yang selalu uruskan order kristal bella. Sangat pantas servis mereka 👍👍👍

Ps : Nak grab Super 7 saiz 10mm pula nanti ✨

Comments

Popular posts from this blog

Buka Puasa di Orchid Restaurant, Kampung Bharu KL

Kak Sham akan sentiasa dalam ingatanku

Terlalu banyak PLAN

Seminar IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan)

Masak Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

Ko Raseee?!

Trip to Langkawi: Island Hopping Beras Basah Island, Eagle feeding, Tasik dayang bunting

My Dreams