My Dreams

01:21 AM

Hey Blogger 💙
Currently I'm been thinking of what to do next. My new ambition. Bila sudah ke fasa peralihan umur yang baharu, diri ini merasa inginkan sesuatu terbaru, yang belum pernah dilaksanakan.

My Current Ambition :
1) I nak ada satu bisness yang stabil dan punyai kewangan yang lancar, dalam masa yang sama bisness itu berjaya memberi gaji yang lumayan pada pekerja.

Cthnya : Jika average gaji sekarang adalah RM1,000 seorang dan pasangan suami isteri itu perlukan min RM3,000 setiap bulan untuk kelangsungan hidup.

Rumah sewa beli RM1,000
Kereta bulanan RM500
Bil Air, Bil Letrik RM300
Kos makanan RM1,000
Kos servis apartment RM200
Total RM3,000 (secara kasarnya)

Itu belum termasuk kos keperluan anak. Jadinya apa yang i fikirkan adalah zaman kini keluarga memerlukan gaji yang tinggi untuk kelangsungan kos sara hidup yang semakin meninggi.

I bercita-cita if i diberi peluang itu, i nak offer gaji RM5,000 seorang jika average gaji semasa RM1,000++ kerana i tak tahu zaman tahun bila niat ini boleh dilaksanakan. Syaratnya setiap keluarga hanya seorang yang boleh bekerja, tidak dibenarkan suami isteri or sedara lain bekerja satu tempat. Fair and square beri peluang pada keluarga lain merasa.

2) I nak jelajah dunia, mengembara. It's okay if ada rumah yang sederhana dan selesa buat i dan kereta biasa yang tiada ragam. I hanya nak mengembara ke tempat-tempat ciptaan Tuhan.

Di masa tempoh pengembaraan itu, i nak buat satu journal. I nak bercerita tentang apa sahaja benda baru yang i belajar, maybe binatang yang tak pernah i lihat, maybe tempat unik yang jarang orang dengar i nak kumpulkan kisahnya beserta gambar.

Cukuplah i sihat, ada pakaian yang selesa dan bersih walaupun dimasa itu i lebih dari mampu untuk beli yang mahal, kerana bagi i cita-cita mencari ilmu baru ini lebih besar dari segalanya. Ia memberi i suatu kepuasan.

3) I nak buat kerja charity. Mungkin dengan adanya lebih duit bisness itu i sumbangkan kepada yang memerlukan. Jika i rasa dah ramai yang membantu, maybe i bantu dari cara lain.

Cthnya : Bantu selesaikan bil tertunggak orang terdekat, bantu sponsor pelajar yang masih struggle nak langsaikan hutang ptptn, bantu pada yang inginkan kos rawatan perubatan anak, bantu sumbangkan dana bina hospital or maybe keperluan perubatan, bantu sediakan rumah buat yang tiada tempat tinggal. Anything.

4) I nak ada certificate as a Dr. Reiki Practitioner, untuk capai ke tahap itu mungkin i kena belajar sehingga ke tahap Phd. I sangat suka mendalami ilmu aura dan reiki. Bagi i ia ada sedikit pertalian dengan keturunan orang berubat. Semakin i mendalami ilmu itu i rasa lebih selesa dan tenang.

5) Pelajari ilmu martial arts/ kung fu dan mahir dalam bidang itu. Semakin i meningkat usia, i semakin ke arah ingin pelajari ilmu yang tak nampak dari mata kasar. Ilmu orang dulu-dulu yang pandai berubat orang dan pandai dalam ilmu persilatan. Ia seperti berkata-kata dalam jiwa i.

Sukar untuk diceritakan. Ia seperti memanggil-manggil i untuk belajar, i kadang-kadang teringat dengan tok nek moyang yang i tak pernah jumpa, tapi kadang i dapat melihat irasnya walau tidak berapa jelas.

Kadang i rasa seperti i nak berborak dengan mereka, i rasa seperti ingin kembali ke zaman itu, ingin melihat. I nak borak dengan mereka tentang perkara yang orang lain tak faham, orang lain gelakkan i dengan mengatakan i nih pelik cerita tentang benda yang tak nampak or wujud, kerana i tahu tok nek dari keturunan darah sealiran mereka pasti ada jawapannya.

6) I nak belajar vocal menyanyi. I lebih suka menyanyi, bila kadang  ada perkara yang i tak boleh bersuara kerana menjaga hati i suka luahkannya dengan nyanyian.

Bagi i dengan menyanyi i lebih rasa menjadi diri sendiri.


Buat masa ini, cita-citaku. Seperti yang dibaca (jika ada yang baca) i hanya nak ketenangan hidup. Kehidupan yang stabil (dunia + akhirat) biarlah i tidak dikenali, cukuplah ada orang yang menyayangi dan menghargai i seadanya dan setulusnya.

I lebih suka hidup dalam sederhana, walau sebaliknya i punyai banyak duit dan kaya dimasa itu, biarlah Allah swt sahaja yang layak  menguruskannya.

Cukuplah diberi kesihatan yang baik, anggota badan yang cergas, akal yang waras. I perlukan rezeki yang ini dahulu barulah 6 cita-cita i dapat dilaksanakan.

Moga-moga apa yang i inginkan di dunia ini dipermudahkan dan dimakbulkan oleh Allah swt jika itu yang terbaik buat diri ini.

Ps : If i masih belum berkahwin, jika i sudah berkahwin i tak tahu sama ada cita-cita ini dapat dilaksanakan atau tidak kerana terikat dengan status isteri dan mungkin juga seorang ibu.

Moga-moga bakal suami i yang masih tak diketahui siapa? Merupakan pasangan yang memahami dan punyai personaliti yang menyamankan aku sehingga akhir usia.

Comments

Popular posts from this blog

Kristal untuk Ibu

Buka Puasa di Orchid Restaurant, Kampung Bharu KL

Kak Sham akan sentiasa dalam ingatanku

Terlalu banyak PLAN

Seminar IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan)

Masak Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

Ko Raseee?!

Trip to Langkawi: Island Hopping Beras Basah Island, Eagle feeding, Tasik dayang bunting