Need to change something?

01:15 AM

Hey blogger 💙
Macam biasa i tak boleh tidur, i kena menulis. Perkara yang bermain di fikiran i sekarang nih, i seperti inginkan sesuatu yang baru.

I dah mula rasa i perlu buat sesuatu yang i tak pernah buat lagi. Bisness sekarang dah bukan my passion. Ia nya perubahan yang sangat pelik, kerana sejak tahun 2011 i sangat2 suka buat bisness (ter obses juga), sekarang ia hanya untuk my income saja plus i suka jual produk kesihatan. Bagi lah produk apa pun, dengan hanya berbekalkan data bahan sesuatu produk tu, insya allah i boleh kupaskan.

Bisness i sekarang page dan ig djm cosmetics, djm group global, djm boutique, djm sambal semua i temporary deactivated and unpublished. I satukan djm cosmetics + djm beauty herbs = DJM BEAUTY sahaja.

Kerana i rasa i lebih suka bercerita dan jual sesuatu yang membaik taraf kehidupan manusia dalam kesihatan tubuh badan. DJM Boutique pula i minta adik focus di shopee saja, since sales dia banyak di situ.

Jadinya i ada satu sahaja bisness yang akan difocuskan (DJM BEAUTY) plus nak jadi founder bukan mudah. I nih jenis perangai yang malas dah nak fikir teruk2 i seorang yang kurang suka work hard, i work smart. Kadang orang tengok i nih slow lambat ambil tindakan tapi sebenarnya i akan fikir what happen next in 2,3,4,5 years ahead.

Cuma sekarang nih i seperti dahagakan sesuatu, i ada rasa macam nak someone bercerita dengan i masalah dia dan i akan fikirkan solusi untuknya, like a kaunselor lah kot. Padahal sebelum ini i lah paling kurang gemar orang bercerita buruk tentang pasangan, kawan ke.

Apa yang i nak dengar berita baik sahaja, next plan.

Kini ... I seperti nak jadi seorang terapi, not a speaker or motivator. It's like one to one. I listen and give opinion + solution (ikhtiar). If dia sakit i akan share dengan dia diet bersesuaian, how to jaga emosi dia and so on.

I don't know.

Rasa hati ini tak pernah ada dalam plan i sebenarnya. I banyak berimpian dalam bisness sahaja.

Mungkin saban hari ini i seperti merasakan yang mental manusia itu exhausted, and they need someone selain dari doctor yang lebih pada mendengar, dan mereka nak rasa tenang. Sometime dah beribadat banyak, tapi still tak tenang.

It's must be a reason (inside them).

And ia boleh dilihat berdasarkan diagnosis aura. I semakin suka nak bercerita mengenai satu ilmu nih, cuma i belum properly berguru dan bertalaqi betul2. I just banyak dapat info dari buku, google dan sebagainya (mostly in book)

Bagi i setiap penyakit itu perlu kita ketahui keadaan chakra (pusat tenaga) semasa mereka. Contohnya apa yang i dapat lihat.

Mereka yang mempunyai masalah jantung (penyakit senyap) adalah seorang pemendam. Paru2 juga kaitan dengan asma. Ia di kawasan chakra yang sama. Zaman kini ramai jadi pemendam, orang baik2 yang dianiaya difitnah tak berupaya untuk bersuara maka mereka memilih untuk pendam.

Akibatnya (mungkin) gangguan bermula di kawasan tersebut. Tidak seimbang.

Bila dah diagnosis, confirm kawasan jantung dan paru2 bengkak atau mengecil atau berubah warna. Ikhtiar ubati dengan terapi alam (kristal, mandi garam bukit, mandi bunga) jika masih belum sembuh dan tiada perubahan di kawasan pusat tenaga tersebut baru lah pergi check up di hospital kerana bimbang penyakit senyap boleh menyerang bila2 masa atau mungkin pesakit ada masalah berkaitan salur arteri/ jantung berlubang misalannya.

Bila i bercerita mengenai aura + kesihatan ini, i rasa tenang. Sukar untuk i ekpresikan. Rasa seperti ini adalah suara hati yang sebenar, ini adalah fungsi dan tujuan sebenar i diciptakan di dunia. Pergunakan ilham dan pengetahuan yang Allah swt beri, berbicara dengan mereka.

Adalah untuk menyampai dan membantu mereka yang dalam keadaan susah hati.

I masih kurang yakin.

Untuk menyakinkannya i kena belajar lebih mendalam lagi ilmu aura dan ilmu reiki ini.

Moga pandemic ini segera lah tamat, so that i boleh berjumpa dengan guru, selagi masih ada hayatnya.


Comments

Popular posts from this blog

Kristal untuk Ibu

Buka Puasa di Orchid Restaurant, Kampung Bharu KL

Kak Sham akan sentiasa dalam ingatanku

Terlalu banyak PLAN

Seminar IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan)

Masak Asam Pedas Melaka Ikan Jenahak

Ko Raseee?!

Trip to Langkawi: Island Hopping Beras Basah Island, Eagle feeding, Tasik dayang bunting

My Dreams